Monday, May 18, 2009

Space Gambus Experiment - Minggu ni di Wisma Bentley



Sambung daripada catatan awal tentang Space Gambus Experiment.
Setelah selesai solat maghrib hari pertama, kami ke bandaraya Ipoh (Eh Ipoh bandarayakah?) untuk menikmati suasana di Gerbang Malam . Mcm pasar malam. Hujan gerimis ketika itu.
Aku secara peribadi amat suka dengan Ipoh sebab banyak bangunan lama. Mereka kena kekalkan bangunan-bangunan ini, jangan sesuka hati musnahkan dan bina bangunan baru.
Kalau diikutkan inilah kali pertama aku ke Ipoh dan betul-betul berjalan. Kali pertama, aku tersadai di Ipoh pada tahun 2004 sebab tiada bas ke KL dari Pulau Pinang. Jadi, aku dan Raof ke Ipoh dan membeli tiket ke KL.
Malam itu tidur awal untuk sambung rakaman keesokannya.
Pagi esoknya dalam jam 11.30 pagi kami memulakan proses rakaman yang panas seperti semalam. Hari kedua ,kami berjaya menghabiskan enam lagi lagu dengan memasukkan track gambus. Daripada kesemua tujuh lagu ini,tiga lagu sudah aku dengar di rumah. Selebihnya pertama kali didengar di rumah Kamal. Ada yang aku rakam beberapa kali untuk mendapat bunyi dan permainan yang betul. Ada yang hanya satu 'take' sahaja dan kami biarkan begitu. Ini aku rasa ada dua lagu - Tujuh Ruang Kosong dan Dari Dalam Kalbu.
Kami mahu hasil yang 'raw' dan 'natural' ,tidak banyak 'effects' dan 'touch up'. Seperti Kamal tekankan, biar 'lo fi' dan kami biarkan begitu.
Aku rasa perlu juga projek ekspres seperti ini untuk memanjangkan kreativiti dan tidak terikat dengan kerja studio yang panjang dan menghilangkan momentum.
Tidak sampai seminggu ,kesemua tujuh lagu beserta sebuah video siap dikerjakan Kamal. (yeah!)
Lagu-lagu itu boleh didengar dan dimuat turun di link sebelah kanan blog ini. Kami juga telah mendapat persetujuan daripada sebuah penerbitan yang berhasrat untuk mengeluarkan lagu-lagu ini di dalam bentuk Cd nanti beserta empat rakaman baru.

Kemaskini:
23 Mei,Sabtu,3 petang, Space Gambus Experiment akan membuat penampilan pertama di program Homegrown di Wisma Bentley,Mutiara Damansara. Masuk adalah percuma!

1 comment:

Unknown said...

...

Ipoh dah lama jadi bandar raya la...

Zoy, aku minta ampun banyak2...tak dapat tengok kau perform kat Homegrown. Aku ada urusan di Kuala Selangor lepas keje hari ini. Tolong hantarkan abang ipar aku ke sana....teringin nak tgk...tapi belum ada kesempatan nampaknya...semnoga sukses