Wednesday, May 13, 2009

Projek


Lama betul aku tak mengemaskini blog ni.
Bulan lepas aku mengambil peluang hujung minggu untuk ke Ipoh. Selepas selesai hari pertama rakaman Dewangga Sakti, aku ke Ipoh pula di pagi Ahad 12 April jam 8:30 pagi untuk merakamkan sebuah projek bersama Kamal Sabran. Tiba di Ipoh dan disambut meriah oleh Kamal di stesen bas. Kali ini kami berkonspirasi untuk merakamkan satu projek yang akhirnya kami namakan Space Gambus Experiment(SGE).
Uniknya semua idea muzik dan projek ini kami dapat semasa kami sibuk berbual di laman facebook . Bayangkan setiap hari selama beberapa bulan kami berbual di facebook (biasanya semasa hari bekerja sebab aku tiada internet di rumah) dan akhirnya kami buat keputusan melanjutkan proses kreatif kami di studio.
Maka hari Isninnya aku mengambil cuti. Ada dua hari di sana . Inilah pertama kali kami bertemu setelah asyik berbual di internet sahaja.
Mungkin sebab ada 'chemistry' di antara kami, rakaman berjalan lancar di studio kecil milik Kamal di atas loteng rumahnya di Manjoi. Keadaan panas juga melancarkan kreativiti di atas sana.
Lagu pertama yang kami rakamkan adalah Pengembara Cahaya. Sebenarnya asas kepada lagu ini sudah ada, tugas aku memasukkan track gambus ke dalam lagu ini.Beberapa jam seterusnya,kami merakamkan pula video daripada pelbagai 'shot' untuk dibuat video clip yang boleh dilihat di widget sebelah kanan blog ini.
Setelah selesai kami ke kedai mamak untuk makan dan membuat perbincangan seterusnya. Sesi pertama kami ini juga dihadiri oleh saudara Padil yang memegang kamera video.
Bersambung...

4 comments:

Unknown said...

zoy,

buat blog list promote blog kawan2 kat blog2 kau...

kamal sabran said...

yehaaaaaaaaa. rakam mari merakam

Syamsulfaiz said...

zoy, lepas ni korang buat bunyi-bunyian dalam air la plak...

Zulkifli Ramli said...

Kimmy,nanti aku masukkan blog kau.yg lain2 aku dah masukkan dkt blog dewangga sakti

Kamal,
yeah.minggu ini bersedia

Syam,
bunyi-bunyi dlm air? molekul zarah bergabung tenaga.
Bunyi-bunyian hutan mungkin. Suara dari Hutan. Ada ingat? ha ha