Tuesday, January 21, 2020

Merakam Puisi Raja Ahmad

















Kami mula berbual tentang merakam puisi mungkin lebih sepuluh tahun yang lalu. Sekali dua kami bercakap dan kemudiannya hilang ditelan kesibukan masing-masing. Sesekali kami cuba revisit the idea tetapi tidak menjadi. 

Ketika kami bertemu di UIA untuk majlis baca puisi Merdeka pada bulan September tahun lalu, Raja Ahmad Aminullah atau lebih mesra kami panggil Pak Raja/Engku menyatakan hasratnya sekali lagi.

Kemudiannya pada 24 September kami bertemu di Melawati. Dua hari selepas itu, kami memulakan rakaman di sebuah studio di Wangsa Maju. 

Sejak awal, kami sudah menekankan untuk merakam puisi dan bukannya membuat lagu puisi. Merakam puisi bukan melagukannya mungkin kedengaran aneh di sini tetapi tidak di negara-negara lain terutama di negara Barat dan Timur Tengah.

Fokus kami (saya dan Raof) adalah memberikan keseimbangan muzik latar kepada puisi dibaca Raja Ahmad dan tidak sesekali menenggelamkan puisi itu sendiri.

Di dalam menggubah muzik latar ini, kami berdua lebih menekankan kepada sifat alamiah instrumen itu sendiri. Tidak ada verse, bridge atau chorus di sini. 

Walaupun ianya improvisasi tetapi laluannya dirancang supaya didengar cocok dengan puisi.

Ternyata puisi-puisi yang dirakam punya tema yang pelbagai dan beberapa subjeknya sangat berat.

Awal tahun ini, sepuluh (10) buah puisi yang dirakam sudah selesai proses adunan (mixing) dan menunggu masa untuk mastering. 

Kami menggunakan banyak instrumen. Di antaranya gambus, cura saz, rebana, darbuka dan pelbagai toys seperti petir, bongkau, kalemba dll.






No comments: