Tuesday, December 23, 2008

Sudah lahir




Alhamdulillah anak kedua selamat lahir pada hari Sabtu 20 Disember 2008(bersamaan 22 Zulhijjah 1429 Hijrah) jam 10:41pagi. Isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dengan berat 2.92kg.
Kami tiba di Hospital Pusrawi,Jalan Tun Razak KL pada jam 7:30 pagi dan isteri selamat melahirkan anak secara normal tiga jam kemudian tanpa apa-apa komplikasi. Isteri mengalami kontraksi sejak jam 5 pagi.
Kami amat berpuas hati dengan layanan semua petugas di sana. Doktor Habibah adalah doktor yang menguruskan kelahiran(sama dengan anak yang pertama) dengan dibantu tiga atau empat orang jururawat lain.
Sehari kemudian,isteri dan anak telah dibenarkan keluar untuk pulang ke rumah di Taman Melati.
Allahu Akbar!

4 comments:

Syamsulfaiz said...

Alff Mabrukkkkkk....TAHNIAH Zoy !!!

Aku baru tahu bila check blog kau hari ni.

Semoga murah rezeki bayi ini dan ibu bapanya. Aminnnnn.

Zulkifli Ramli said...

TQ Syamsul.

Husni said...

Tahniah zoy,
anak aku tua satu hari lah.. 19/12/2008

Zulkifli Ramli said...

Husni,
Tahniah juga. Boleh geng ni.
Geng Bugis! he he