Friday, November 21, 2008

Satu

Beberapa bulan lepas, aku buat blog ni untuk urusan penerbitan dan hal-hal terjadi di dalam lingkaran kehidupan aku. Itulah cadangannya. Tetapi selepas buat blog,aku lupa nak kemaskini. ha ha. Terus ditinggalkan kerana kesibukan.
Sebab lain pula kerana blog Dewangga Sakti kadang-kadang menjadi blog peribadi aku(sebab aku menulisnya) . Seharusnya blog itu melaporkan aktiviti berkaitan Dewangga Sakti dan isu berhubungkait dengannya.
Jadi, aku fikir lebih baik aku tulis benda-benda yang aku suka di sini supaya dapat membezakan dengan blog yang satu lagi. Mungkin aku tulis pasal band kegemaran aku atau pasal apa-apalah kegiatan aku di rumah dan lain-lain lagi.
Kenapa namanya Penerbitan Lewat Senja(PLS)? Ha ha. Tiada apa-apa sebenarnya sebab itu adalah nama yang aku daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) penghujung Mei lepas untuk mengeluarkan CD pertama Dewangga Sakti. PLS bertindak menerbitkan CD tersebut.Mungkin aku boleh ceritakan dalam bab yang lain berkenaan nama ini.

3 comments:

wahyun said...

salam
saya merupakan graduan segar dari ladang taman ilmu dan budi.
saya perlu kerja.
ada kerja kosong di kantor besar penerbitan lewat senja?

Syamsulfaiz said...

wahyun, sebagai graduan segar, adakah kamu juga seorang yg tegar dan malasegar?

Zul, ini blog boleh cerita banyak lagi kisah minum2 di kedai kopi, cryptic malediction dan skandal lama meor-kocik-kabong.

wahyun said...

encik syam, graduan segar kini sedang berlatih dalam kamar...tegar dan tak lama lagi kelak jadi malarsegar...haha