Tuesday, January 21, 2020

Merakam Puisi Raja Ahmad

















Kami mula berbual tentang merakam puisi mungkin lebih sepuluh tahun yang lalu. Sekali dua kami bercakap dan kemudiannya hilang ditelan kesibukan masing-masing. Sesekali kami cuba revisit the idea tetapi tidak menjadi. 

Ketika kami bertemu di UIA untuk majlis baca puisi Merdeka pada bulan September tahun lalu, Raja Ahmad Aminullah atau lebih mesra kami panggil Pak Raja/Engku menyatakan hasratnya sekali lagi.

Kemudiannya pada 24 September kami bertemu di Melawati. Dua hari selepas itu, kami memulakan rakaman di sebuah studio di Wangsa Maju. 

Sejak awal, kami sudah menekankan untuk merakam puisi dan bukannya membuat lagu puisi. Merakam puisi bukan melagukannya mungkin kedengaran aneh di sini tetapi tidak di negara-negara lain terutama di negara Barat dan Timur Tengah.

Fokus kami (saya dan Raof) adalah memberikan keseimbangan muzik latar kepada puisi dibaca Raja Ahmad dan tidak sesekali menenggelamkan puisi itu sendiri.

Di dalam menggubah muzik latar ini, kami berdua lebih menekankan kepada sifat alamiah instrumen itu sendiri. Tidak ada verse, bridge atau chorus di sini. 

Walaupun ianya improvisasi tetapi laluannya dirancang supaya didengar cocok dengan puisi.

Ternyata puisi-puisi yang dirakam punya tema yang pelbagai dan beberapa subjeknya sangat berat.

Awal tahun ini, sepuluh (10) buah puisi yang dirakam sudah selesai proses adunan (mixing) dan menunggu masa untuk mastering. 

Kami menggunakan banyak instrumen. Di antaranya gambus, cura saz, rebana, darbuka dan pelbagai toys seperti petir, bongkau, kalemba dll.






Monday, May 18, 2009

Space Gambus Experiment - Minggu ni di Wisma Bentley



Sambung daripada catatan awal tentang Space Gambus Experiment.
Setelah selesai solat maghrib hari pertama, kami ke bandaraya Ipoh (Eh Ipoh bandarayakah?) untuk menikmati suasana di Gerbang Malam . Mcm pasar malam. Hujan gerimis ketika itu.
Aku secara peribadi amat suka dengan Ipoh sebab banyak bangunan lama. Mereka kena kekalkan bangunan-bangunan ini, jangan sesuka hati musnahkan dan bina bangunan baru.
Kalau diikutkan inilah kali pertama aku ke Ipoh dan betul-betul berjalan. Kali pertama, aku tersadai di Ipoh pada tahun 2004 sebab tiada bas ke KL dari Pulau Pinang. Jadi, aku dan Raof ke Ipoh dan membeli tiket ke KL.
Malam itu tidur awal untuk sambung rakaman keesokannya.
Pagi esoknya dalam jam 11.30 pagi kami memulakan proses rakaman yang panas seperti semalam. Hari kedua ,kami berjaya menghabiskan enam lagi lagu dengan memasukkan track gambus. Daripada kesemua tujuh lagu ini,tiga lagu sudah aku dengar di rumah. Selebihnya pertama kali didengar di rumah Kamal. Ada yang aku rakam beberapa kali untuk mendapat bunyi dan permainan yang betul. Ada yang hanya satu 'take' sahaja dan kami biarkan begitu. Ini aku rasa ada dua lagu - Tujuh Ruang Kosong dan Dari Dalam Kalbu.
Kami mahu hasil yang 'raw' dan 'natural' ,tidak banyak 'effects' dan 'touch up'. Seperti Kamal tekankan, biar 'lo fi' dan kami biarkan begitu.
Aku rasa perlu juga projek ekspres seperti ini untuk memanjangkan kreativiti dan tidak terikat dengan kerja studio yang panjang dan menghilangkan momentum.
Tidak sampai seminggu ,kesemua tujuh lagu beserta sebuah video siap dikerjakan Kamal. (yeah!)
Lagu-lagu itu boleh didengar dan dimuat turun di link sebelah kanan blog ini. Kami juga telah mendapat persetujuan daripada sebuah penerbitan yang berhasrat untuk mengeluarkan lagu-lagu ini di dalam bentuk Cd nanti beserta empat rakaman baru.

Kemaskini:
23 Mei,Sabtu,3 petang, Space Gambus Experiment akan membuat penampilan pertama di program Homegrown di Wisma Bentley,Mutiara Damansara. Masuk adalah percuma!

Wednesday, May 13, 2009

Projek


Lama betul aku tak mengemaskini blog ni.
Bulan lepas aku mengambil peluang hujung minggu untuk ke Ipoh. Selepas selesai hari pertama rakaman Dewangga Sakti, aku ke Ipoh pula di pagi Ahad 12 April jam 8:30 pagi untuk merakamkan sebuah projek bersama Kamal Sabran. Tiba di Ipoh dan disambut meriah oleh Kamal di stesen bas. Kali ini kami berkonspirasi untuk merakamkan satu projek yang akhirnya kami namakan Space Gambus Experiment(SGE).
Uniknya semua idea muzik dan projek ini kami dapat semasa kami sibuk berbual di laman facebook . Bayangkan setiap hari selama beberapa bulan kami berbual di facebook (biasanya semasa hari bekerja sebab aku tiada internet di rumah) dan akhirnya kami buat keputusan melanjutkan proses kreatif kami di studio.
Maka hari Isninnya aku mengambil cuti. Ada dua hari di sana . Inilah pertama kali kami bertemu setelah asyik berbual di internet sahaja.
Mungkin sebab ada 'chemistry' di antara kami, rakaman berjalan lancar di studio kecil milik Kamal di atas loteng rumahnya di Manjoi. Keadaan panas juga melancarkan kreativiti di atas sana.
Lagu pertama yang kami rakamkan adalah Pengembara Cahaya. Sebenarnya asas kepada lagu ini sudah ada, tugas aku memasukkan track gambus ke dalam lagu ini.Beberapa jam seterusnya,kami merakamkan pula video daripada pelbagai 'shot' untuk dibuat video clip yang boleh dilihat di widget sebelah kanan blog ini.
Setelah selesai kami ke kedai mamak untuk makan dan membuat perbincangan seterusnya. Sesi pertama kami ini juga dihadiri oleh saudara Padil yang memegang kamera video.
Bersambung...

Wednesday, January 7, 2009

Tujuh

Hari ni genap tujuh tahun aku bekerja di syarikat sekarang. Pejam celik sudah tujuh tahun aku di sini. Dahulu aku rasa dalam dua atau tiga tahun sahaja aku di sini tetapi memikirkan tentang janji dan peluang yang ada,aku ingin kekal di sini sehingga lima tahun. Peluang tidak datang juga seperti yang dibayangkan.
Akhirnya genap tujuh tahun.
Kalau ada peluang lain,aku ingin keluar daripada tempat ini.

Tuesday, December 23, 2008

Sudah lahir




Alhamdulillah anak kedua selamat lahir pada hari Sabtu 20 Disember 2008(bersamaan 22 Zulhijjah 1429 Hijrah) jam 10:41pagi. Isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dengan berat 2.92kg.
Kami tiba di Hospital Pusrawi,Jalan Tun Razak KL pada jam 7:30 pagi dan isteri selamat melahirkan anak secara normal tiga jam kemudian tanpa apa-apa komplikasi. Isteri mengalami kontraksi sejak jam 5 pagi.
Kami amat berpuas hati dengan layanan semua petugas di sana. Doktor Habibah adalah doktor yang menguruskan kelahiran(sama dengan anak yang pertama) dengan dibantu tiga atau empat orang jururawat lain.
Sehari kemudian,isteri dan anak telah dibenarkan keluar untuk pulang ke rumah di Taman Melati.
Allahu Akbar!

Tuesday, December 16, 2008

Menunggu hari


'False labour',begitu kata doktor memberitahu isteri minggu lepas. Khamis lepas,aku dikejutkan panggilan telefon isteri memberitahu pendarahan (bleeding) yang kami sangkakan sebagai tanda saat kelahiran anak kedua kami sudah tiba. Mengikut perkiraan doktor, isteri dijangka bersalin 6 Januari 2009 tetapi kebiasaannya akan bersalin lebih awal daripada jadual. Anak pertama kami lahir lima hari lebih awal daripada jadual iaitu pada 4 Disember 2006(jangkaan 9/10 Dis).
Yang menjadikan anak pertama dan kedua yang bakal lahir ini sama adalah kedua-duanya mengalami 'false labour' (apa kita nak panggil dalam Bahasa Melayu? Kelahiran palsu? :) )
Akhirnya sehari kemudian,isteri dibenarkan keluar daripada Hospital PUSRAWI,Jalan Tun Razak. Keadaan ibu dan bayi di dalam kandungan ok dan dibenarkan keluar.
Kami berdoa supaya kelahiran kali ini dapat berlaku dengan baik.
Ya Allah,kau kurniakan keselamatan dan kesejahteraan kepada isteriku dan anak dalam kandungan.

Muzium Diraja Seri Menanti


Sehari sebelum hari raya haji ,aku telah membawa isteri dan anakku ke Muzium Diraja Seri Menanti di Seri Menanti,Kuala Pilah. Kebetulan hari raya haji ini kami berhari raya di Kuala Pilah iaitu rumah keluarga isteri.
Inilah kali pertama aku ke sana walaupun jalan ke sana amat dekat dan jika melalui jalan lama terus dapat sampai ke rumah keluarga isteri di Senaling. Kalau difikir semasa lima tahun bersekolah di Seremban pun tidak dapat menggerakkan diri aku untuk ke sini.
Hajat mahu datang awal pagi tetapi keadaan tidak mengizinkan.Kami hanya dapat ke sana pada jam 4 petang dan menghabiskan masa mengambil gambar dan bersiar-siar ke sekitar istana lama ini selama sejam.
Cuaca pada hari itu mendung.Gambar yang diambil pun tidak memuaskan. Ternyata binaan istana ini amat teguh. Dibina pada tahun 1905 dan siap sepenuhnya pada tahun 1908. Ini bermakna sudah seratus tahun atau satu abad istana ini tersergam indah.Jurubinanya dua orang tukang kayu yang terkenal bernama Kahar dan Taib.
Indahnya seni binaan istana ini kerana ia dibina tanpa menggunakan paku, sama seperti binaan rumah tradisional Melayu lama yang lain. Istana ini empat tingkat dan mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Setiap tingkat mempunyai fungsi masing-masing ,contohnya di tingkat pertama menempatkan Balai Rong Seri untuk upacara mengadap dan bilik beradu keluarga kerabat diraja pula di tingkat dua. Manakala ,tingkat tiga dikhaskan kepada Yang Dipertuan Besar. Di menara tingkat gunung pula menempatkan khazanah diraja.
Jalan menuju ke istana ini daripada simpang Seri Menanti tidak terlalu besar dan pemandu perlu berhati-hati. Tambahan pula, lembu sering berkeliaran di jalan raya. Sewajarnya, jalan raya dibesarkan dan publisiti meluas diberikan kepada istana ini supaya kita dapat melihat satu warisan bangsa dengan tradisi kesultanan yang unik dan binaan istananya yang teguh dan indah.
Istana ini dibawah penyelenggaraan Muzium Negeri Sembilan.

Monday, November 24, 2008

Glissentar


Wow! Ini hasil ciptaan baru keluaran Godin. Namanya Glissentar. Ini untuk mengimbangi sesiapa (dengan asas instrumen barat) yang berkeinginan untuk bermain di dalam setting timur (baca: oud/gambus). Badannya seperti gitar dan dilaras (tune) juga seperti gitar. Cuma tidak mempunyai fret. Seperti oud yang mempunyai 11 tali (double strings untuk setiap not dan single string untuk bass),glissentar juga begitu. Tanpa fret, instrumen ini akan dapat memainkan microtone (seperti oud, violin dsbnya).
Ia tidak seperti lute yang dimodifikasi daripada oud tetapi mempunyai fret. (nota: Lute adalah jawapan barat kepada oud setelah mereka pulang daripada perang salib)
Glissentar kelihatan sungguh menawan. Apa lagi bila dipasang dengan amplifier.

Tengok video di link ini

Filem Queen of Langkasuka


Filem ini asal tajuknya Queens of Pattani. Lihat sinopsis Filem Queens of Langkasuka ini di bawah. Wah! Filem berkenaan Langkasuka! Adakah seperti apa yang kita baca? (sebab ianya dihasilkan oleh pembikin filem Thailand)
Mari kita belek semula sejarah!
Link youtube di sini


  • QUEEN OF LANGKASUKA tops Thai box office
  • Posted by Deljhp - 28/10/08 at 11:54 PM

No real surprise this. Nonzee Nimibutr's fantasy action epic Queen of Langkasuka topped the box office charts in Thailand this weekend. The action-packed film has grossed 34.2m baht ($980,000) over five days in Bangkok, helped along by a public holiday on Thursday. The biggest hit of the year there so far was The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor, but this local blockbuster will no doubt blow that right out of the water. The film is due to appear at this years American film market, where fingers crossed, it will get picked up for release in an English language (for that all important DVD release) country.

Synopsis: "War rages on ... Princes of neighbouring dynasties have formed a coalition with rebel pirates, plotting to seize the powerful cannon from the Land of Langkasuka. The mass destruction juggernaut, capable of obliterating foes in a matter of seconds, is much coveted by any party seeking to tip the balance of power to their advantage. The three princesses of the land of Langkasuka must at all costs protect their realm from the evil clutches of the ongoing wave of invaders - even if it means putting their own lives on the line."
(diambil daripada laman ini )

Friday, November 21, 2008

Satu

Beberapa bulan lepas, aku buat blog ni untuk urusan penerbitan dan hal-hal terjadi di dalam lingkaran kehidupan aku. Itulah cadangannya. Tetapi selepas buat blog,aku lupa nak kemaskini. ha ha. Terus ditinggalkan kerana kesibukan.
Sebab lain pula kerana blog Dewangga Sakti kadang-kadang menjadi blog peribadi aku(sebab aku menulisnya) . Seharusnya blog itu melaporkan aktiviti berkaitan Dewangga Sakti dan isu berhubungkait dengannya.
Jadi, aku fikir lebih baik aku tulis benda-benda yang aku suka di sini supaya dapat membezakan dengan blog yang satu lagi. Mungkin aku tulis pasal band kegemaran aku atau pasal apa-apalah kegiatan aku di rumah dan lain-lain lagi.
Kenapa namanya Penerbitan Lewat Senja(PLS)? Ha ha. Tiada apa-apa sebenarnya sebab itu adalah nama yang aku daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) penghujung Mei lepas untuk mengeluarkan CD pertama Dewangga Sakti. PLS bertindak menerbitkan CD tersebut.Mungkin aku boleh ceritakan dalam bab yang lain berkenaan nama ini.